Showing posts with label DIARI SAYA. Show all posts
Showing posts with label DIARI SAYA. Show all posts

Monday, September 17, 2012

KEHIDUPAN TAK SELALUNYA INDAH

Kehidupan tak selalunya indah... Ibarat melihat dunia dari sebuah jendela. Keindahan itu boleh dilihat namun tidak dapat dicapai.
Sejak dua menjak ni hati Chetun terluka dek seseorang yang Chetun kenal selama 7 tahun. Mana tidaknya, kita mengharapkan dia untuk memberi kebahagian, namun kesedihan yang kita dapat. Lantas dituduh Chetun nie mcm mcm.
dimanakah kepercayaan dia pada Chetun selama ini, sedangkn kita menaruh percaya pada dia sebelum ini?
Pengorbanan kita selama ini langsung tidak dihargai. Dibuatnya kita macam pengemis dirumah sendiri. Mengemis meminta simpati. Mengemis meminta dihargai dengan ihklas.
Dek kerana menanggung kesedihan berpanjangan, maka kesihatan Chetun bertambah teruk. Lepas satu sakit, sakit lain pulak datang. 
Kesedihan menyelubungi hati tiap hari. Kekadang sudah putus asa utk hidup.  Chetun dianggap pisau cukur. Kalau benar chetun pisau cukur, tk perlu untuk chetun bersengkang mata malam malam bagi menyiapkan tempahan rakan rakan.
Namun anak anak adalah pembakar  semangat. 
Demi anak anak chetun akan kuatkan semangat walaupun badan masih sakit.
Doakan chetun tabah hadapi dugaan hidup ini yg begitu memeritkan.
*****
 

KENANGAN DI MANJUNG

 
Malam nie tk dapat tidur lena. Sakit belakang chetun semakin teruk. sampaikan kaki dah jadi kebas kebas sebelah. Nie yang makin risau nie.
So, teringat pada blog kesayangan Chetun. Bila dah dapat macam macam sakit nie, mula la teringat kenangan lampau. Teringat Manjung. Tinggal di sana 7 tahun.
Malangnya chetun tk berpeluang nak shoot gambar tpt tpt di Manjung.
Gambar di atas Chetun ambik masa outing  dgn Aida Toink Toink. Kalau tak salah nie masa org kecoh gempa bumi kat Summatera.
Dah lama dok Manjung baru perasan yg Kat Marina Wing di Lumut ada Kincir angin.
Cantik betul pemandangannya. Tapi time shoot nie, awan dia nampak suram.
Miss U Manjung!!

Sunday, November 20, 2011

KESIBUKAN YG TERAMAT

Akhir akhir ni hidup seharian amat sibuk hinggakan aku pun tk ingat bila last aku mkn. Perut yg kosong ni tk rasa laparnya kerana sibuk sangat.
Aku merindui zaman zaman bujang dulu.... boleh enjoy, shopping, jln jln etc..
sesapa ada mesin masa, aku nk sewa, nk balik ke zaman dulu....
:(