Monday, September 17, 2012

KEHIDUPAN TAK SELALUNYA INDAH

Kehidupan tak selalunya indah... Ibarat melihat dunia dari sebuah jendela. Keindahan itu boleh dilihat namun tidak dapat dicapai.
Sejak dua menjak ni hati Chetun terluka dek seseorang yang Chetun kenal selama 7 tahun. Mana tidaknya, kita mengharapkan dia untuk memberi kebahagian, namun kesedihan yang kita dapat. Lantas dituduh Chetun nie mcm mcm.
dimanakah kepercayaan dia pada Chetun selama ini, sedangkn kita menaruh percaya pada dia sebelum ini?
Pengorbanan kita selama ini langsung tidak dihargai. Dibuatnya kita macam pengemis dirumah sendiri. Mengemis meminta simpati. Mengemis meminta dihargai dengan ihklas.
Dek kerana menanggung kesedihan berpanjangan, maka kesihatan Chetun bertambah teruk. Lepas satu sakit, sakit lain pulak datang. 
Kesedihan menyelubungi hati tiap hari. Kekadang sudah putus asa utk hidup.  Chetun dianggap pisau cukur. Kalau benar chetun pisau cukur, tk perlu untuk chetun bersengkang mata malam malam bagi menyiapkan tempahan rakan rakan.
Namun anak anak adalah pembakar  semangat. 
Demi anak anak chetun akan kuatkan semangat walaupun badan masih sakit.
Doakan chetun tabah hadapi dugaan hidup ini yg begitu memeritkan.
*****
 

No comments:

Post a Comment