Wednesday, April 18, 2012

CUSTOMIZE GIFT BOX



gift box ini bersaiz 6 x 6 x 6 inchi. Merupakan 100% custom made.
Design dan hiasan luarannya bleh di pilih.
Untuk design seperti di atas, gift box ini berharga RM0.60 sebiji
Anda boleh menambah tag, ataupun wording pada box ini.
Tempahan diterima.
sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat melalu email, sms atau FB  saya.
~~~

ANTARA TEMPAHAN BUKU YASSIN YG DAH SIAP


Merupakan tempahan buku yassin daripada Puan Hasnah.
beliau menggemari warna hijau dan pink.
Gabungan warna yang menarik..
Terima kasih Puan Hasnah kerana sudi menempah dari saya.
Diharap Puan Hasnah berpuas hati
~~~


Friday, April 13, 2012

BUKU YASSIN


Buku Yassin merupakan keluaran terbaru dari Tun's craft.
Buku yassin mengandungi Surah Yassin, Tahlil dan doa tahlil beserta doa doa harian .
Berharga RM 4.50 sebuah.
Menggunakan velcro sebagai penutup.
Sebarang pertanyaan boleh email atau  sms saya
Gabungan warna boleh  dipilih.
Menggunakan 100% english cotton.
*****

Tuesday, March 6, 2012

RIBBON EMBROIDERY SIGNAGE - Tempahan Rakan FB

Terima kasih pada Puan Halimathon rakan FB saya yg sudi menempah signage ini. terima kasih juga sebab sudi menunggu agak lama untuk saya siapkan. Kekadang tu kesibukan tak menentu.
Signage ini berukuran 9 inchi diameter dan dilapik dengan lapisan span untuk menampakkan ia lebih gebu.

Untuk penampilan kali ini saya menambah bunga bunga ala daisy berwarna cream bagi menaikkan seri sulaman saya ini.
-

Manik manik kecil digunakan bagi menambah seri. bahagian tepinya saya hiasi dengan rena organza warna passtel pink yang sedondon dengan bunga ribon rose itu.
-

MY HANDMADE TOTE BAG - blue theme

Kepada semua pembaca blog saya, untuk makluman anda bag ini saya buat pada bulan 8 2011 yang lalu semasa saya dalam cuti bersalin. Baru sekarang saya dapat upload dalam blog.
Tote bag ini adalah kesinambungan tote bag maroon saya yang lalu.
-

Pemandangan bahagian dalam bag. Mempunyai 6 poket untuk mengisi sebiji hp saya, business card dan kp saya, slot untuk letak pen 2 batang dan slot untuk letak duit kertas secara lanscape.
-
Ini saja saja ajer. Nak menunjukkan saya yg buat.
he he he
-
Pemandangan dari sisi. Saya menggabungkan dua jenis design dengan warna yang sedondon bagi menaikkan seri tote bag ini.
-
Lagi pemandangan dari separa sisi.
Masih baru dalam bidang pembuatan beg ini. So saya akan terus belajar bagi meningkatkan lagi kualiti jahitan dan teknik.
-

New fabric cupcakes in the house

Fabric cupcakes datang lagi!!.
Kini saya menggunakan english cotton polkadot berlatar belakang maroon. Bagi melengkapkannya, saya hiasi bahagian atas cupcake ini dengan bunga rose warna cream.
"ready stock" ada 5 biji untuk design ini.
Setiap satu dijual pada RM3. (tidak termasuk pos)
Sesiapa yg berminat, sila email  or sms saya segera.
-

fabric cupcake ini pula bertemakan pink polkadot.Saya menggunakan english cotton polkadot pink in colour. Warna pastelnya sangat sepadan dengan mereka yg menyukai hiasan gaya english.
"ready stock" ada 5 biji sekarang. Setiap satu dijual pada harga RM3 (tidak termasuk pos). Sesiapa yg berminat boleh contact saya.
-

Gambar di atas menunjukkan close up bagi hiasan bahagian atas fabric cupcake ini. ianya dihiasi dengan lace berwarna cream dan diletakakkan bunga rose warna sedondon  bagi menaikkan seri.
-

Bahagian cawan cupcake ini dihiasi dengan lace warna sedodon bagi menmbahkan lagi serinya. Secara ringkas, cupcake ini tampil dengan gaya yang ringkas tetapi tetap menarik.
~~~@@~~~


Tuesday, January 31, 2012