Tuesday, February 19, 2013

QUILLING - TUTORIAL


Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Seperti yang saya janjikan Insya Allah saya akan berkongsi ilmu saya yg cetek ini untuk anda yg berminat ber quilling.
 
Saya menggunakan penebuk lubang kain seperti gambar di bawah untuk menggulung kertas.
Sepatutnya anda perlu menggunakan slotted quilling tool.

 
Seterusnya anda perlukan kertas untuk quilling. Disebablan kertas quilling dijual pada harga yang agak mahal dan tidak berpatutan, maka saya telah membeli mini paper shredder ini. Dgn adanya mini paper shredder ini, saya dapat memotong kertas pada skala 3.2mm (kelebaran yang sesuai untuk quilling) dan lebih berpatutan.
 
 
Anda boleh gunakan kertas A4 pelbagai warna mengikut kesukaan anda. Kemudian dipotong menggunakan mini shredder ini. Hasilnya seperti gambar di bawah. Saya menggunakan kertas A4 70gms, 80 gms dan 100 gms. belum berani untuk cuba
kertas yang lebih tebal.
 
Anda boleh belajar mengulung kertas melalui youtube.
Search "quilling tutorial". Setelah anda tengok ia sekali dua, pasti anda akan paham bagaimana membuatnya.
 
Saya akan senaraikan bloggers yang aktif berquilling dan menghasilkan kerja tangan yang sangat hebat.

http://miezam.blogspot.com/
http://azlina-lin.blogspot.com/
http://miyyahatkertas.blogspot.com/
http://shareyourlovewithcards.blogspot.com/
http://myquillingsoul.blogspot.com/


~~~***~~~

 
 
 

2 comments: